Sunday, 1 April 2012

Pengurusan Bekalan Air di Malaysia


Pengurusan air adalah multidimensi iaitu, merangkumi aspek perancangan, reka bentuk, pembinaan, operasi dan penyelenggaraan. Pengurasan air mesti dikendalikan dalam kekangan teknologi, matlamat sosial, undang-undang dan peraturan, pendapat-pendapat politik soal alam sekitar dan juga realiti ekonomi (Waren & Mark, 2005). Justeru itu, pengurusan air secara mampan adalah penting dalam menyediakan atau membekalkan sumber air bersih kepada pengguna pada masa kini sehingga pada masa akan datang.
          
     Di malaysia, pengurusan bekalan air diuruskan oleh pihak kerajaan dan agensi swasta. Pengurusan di bawah seliaan pihak kerajaan adalah berperingkat-peringkat iaitu pada peringkat persekutuan, negeri dan seterusnya di peringkat tempatan. Pada peringkat keseluruhan hal yang berkaitan dengan pengurusan bekalan air adalah di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) yang dahulunya dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK). Manakala, bagi pengurusan bekalan air swasta adalah seperti SYABAS, LAKU, SAJ HOLDING Sdh. Bhd dan beberapa syarikat swasta lain yang terdapat di beberapa buah negeri di seluruh Malaysia seperti dalam jadual 1.1 berikut:


Bil
ORGANISASI
PEMILIKAN
1
JABATAN KERJA AWAM KEDAH
KERAJAAN
2
JABATAN BEKALAN AIR LABUAN
KERAJAAN
3
JABATAN KERJA AWAM PERLIS
KERAJAAN
4
JABATAN KERJA AWAM SARAWAK
KERAJAAN
5
LEMBAGA AIR KUCING
KERAJAAN
6
JABATAN AIR SABAH
KERAJAAN
7
PERBADANAN AIR MELAKA
KERAJAAN
8
JABATAN BEKALAN AIR NEGERI SEMBILAN
KERAJAAN
9
JABATAN BEKALAN AIR PAHANG
KERAJAAN
10
LEMBAGA AIR PERAK
KERAJAAN
11
PERBADANAN BEKALAN AIR PULAU PINANG Sdn. Bhd.
KERAJAAN
12
LAKU MANAGEMENT Sdn. Bhd.
PRIVATE
13
SAJ HOLDINGS Sdn. Bhd.
PRIVATE
14
PERBADANAN AIR SIBU
PRIVATE
15
SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR Sdn. Bhd.
(SYABAS)
PRIVATE
16
AIR KELANTAN Sdn. Bhd.
PRIVATE
17
SYARIKAT AIR TERENGGANU (SATU)
PRIVATE
Sumber diubahsuai daripada: Ong Boon et al (2007)



          Pengurusan air bagi setiap negeri adalah terletak di bawah kuasa pihak pentadbir negeri. Di negeri Sabah, pengurusan air adalah terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang memainkan peranan di bawah enakmen Bekalan Air 2003 sebagai pembekal air terawat kepada penduduk di seluruh negeri Sabah. 

Friday, 30 March 2012

Pengurusan Sumber Air

Air merupakan anugerah Tuhan yang sangat bernilai terhadap semua hidupan di muka bumi termasuk manusia. Secara saintifik, air adalah HO² iaitu sebatian kimia berbentuk cecair pada tekanan biasa atau suhu bilik di mana 70 peratus muka bumi ini diliputi air, manakala selebihnya daratan. Dengan adanya air, segala proses-proses pertumbuhan dapat berlaku contohnya tumbuhan. Dalam proses tumbuhbesaran, tumbuhan memerlukan air dan karbon dioksida untuk menghasilkan gula dan oksigen untuk menghasilkan makanan. Oleh itu, sekiranya air tidak ada, tumbuhan tidak dapat hidup ataupun tidak dapat tumbuh dengan baik kerana ketiadaan makanan (Falkermark, 2006). 

 Pengunaan air dalam aktiviti manusia sangat penting seperti air untuk makan, minum, mencuci, perindustrian, dan sebagainya. Menurut A.C Twort et al (1985), antara kategori penggunaan air ialah untuk tujuan domestik iaitu kegunaan di rumah seperti air minum, memasak, pembersihan dan menyuci, menyiram serta paip tegak iaitu pancutan air. Selain itu terdapat juga pengunaan seperti industry dan komersial. Ini adalah jelas menunjukkan segala aktiviti manusia banyak menggunakan air dan hampir semua juga memerlukan sumber air yang bersih. Air merupakan satu sumber penting terhadap semua makhluk di muka bumi yang merupakan anugerah dari Tuhan. Kewujudan air sebagai elemen semulajadi memerlukan pengurusan yang cekap bagi mengurangkan kos rawatan, menampung kehilangan air akibat kebocoran paip serta mengurangkan agihan (Nabsiah, dalam Mohd Ekhwan, 2008).

 Menurut menurut M. Govindarajan dan S. Natarajan (2005) mendifinisikan pengurusan adalah sebagai satu seni bagi mendapatkan sesuatu yang dilakukan melalui mesyarakat dalam sesuatu organisasi rasmi teratur. Pengurusan boleh menjadi sebagai satu seni atau kemahiran mengarahkan aktiviti manusia dan juga sumber fizikal dalam mencapai tujuan-tujuan tertentu. Ahmad Ibrahim (1991) menjelaskan pengurusan dalam Islam bahawa sistem pengurusan secara umumnya ialah kebolehan menggunakan segala sumber alam berbentuk kebendaan atau kemanusiaan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. ia juga adalah satu kajian ilmiah dan juga satu kesenian yang bergantung kepada bakat dan kebolehan seseorang yang bakal menjdi pengurus. Justeru itu, dalam pengurusan Islam semua matlamat, pendekatan, budaya serta keseluruhan aktiviti organisasi hendaklah berlandaskan kepada dasar dan prinsip yang ditentukan oleh agama Islam. Selain itu, seluruh umatnya perlu bersedia menerima sebarang pembaharuan serta pendekatan yang moden dari mana-mana budaya, namun ia tidak melanggar mana-mana hukum syarak Islam, (Rashid Muhamad et al 2008). 

 Selain daripada pengurusan, isu NRW (Air tidak berhasil) kerap muncul dan mendapat perhatian. Menurut Kingdom (2006) definisi bagi NRW terbahagi kepada tiga kategori iaitu kehilangan air akibat penggunaan air sah yang tidak berbayar, kehilangan komersial dan juga kehilangan air fizikal. Sememangnya gangguan terhadap bekalan air akan menyebabkan manusia serba tidak keruan, namun apabila sumber air banyak, manusia seringkali terlupa untuk menghargainya. Ramai yang tidak menyedari pembaziran air yang berlaku akibat pelbagai pelkara dan kerugian sumber air tersebut oleh kerana keselesaan berada di bumi Malaysia yang kaya dengan suber alam.