Pengurusan air adalah
multidimensi iaitu, merangkumi aspek perancangan, reka bentuk, pembinaan,
operasi dan penyelenggaraan. Pengurasan air mesti dikendalikan dalam kekangan
teknologi, matlamat sosial, undang-undang dan peraturan, pendapat-pendapat
politik soal alam sekitar dan juga realiti ekonomi (Waren & Mark, 2005).
Justeru itu, pengurusan air secara mampan adalah penting dalam menyediakan atau
membekalkan sumber air bersih kepada pengguna pada masa kini sehingga pada masa
akan datang.
Di malaysia, pengurusan bekalan air diuruskan oleh pihak
kerajaan dan agensi swasta. Pengurusan di bawah seliaan pihak kerajaan adalah
berperingkat-peringkat iaitu pada peringkat persekutuan, negeri dan seterusnya
di peringkat tempatan. Pada peringkat keseluruhan hal yang berkaitan dengan
pengurusan bekalan air adalah di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan
Air (KeTTHA) yang dahulunya dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Air dan
Komunikasi (KTAK). Manakala, bagi pengurusan bekalan air swasta adalah seperti
SYABAS, LAKU, SAJ HOLDING Sdh. Bhd dan beberapa syarikat swasta lain yang
terdapat di beberapa buah negeri di seluruh Malaysia seperti dalam jadual 1.1
berikut:
Bil
|
ORGANISASI
|
PEMILIKAN
|
1
|
JABATAN
KERJA AWAM KEDAH
|
KERAJAAN
|
2
|
JABATAN
BEKALAN AIR LABUAN
|
KERAJAAN
|
3
|
JABATAN
KERJA AWAM PERLIS
|
KERAJAAN
|
4
|
JABATAN
KERJA AWAM SARAWAK
|
KERAJAAN
|
5
|
LEMBAGA
AIR KUCING
|
KERAJAAN
|
6
|
JABATAN
AIR SABAH
|
KERAJAAN
|
7
|
PERBADANAN
AIR MELAKA
|
KERAJAAN
|
8
|
JABATAN
BEKALAN AIR NEGERI SEMBILAN
|
KERAJAAN
|
9
|
JABATAN
BEKALAN AIR PAHANG
|
KERAJAAN
|
10
|
LEMBAGA
AIR PERAK
|
KERAJAAN
|
11
|
PERBADANAN
BEKALAN AIR PULAU PINANG Sdn. Bhd.
|
KERAJAAN
|
12
|
LAKU
MANAGEMENT Sdn. Bhd.
|
PRIVATE
|
13
|
SAJ
HOLDINGS Sdn. Bhd.
|
PRIVATE
|
14
|
PERBADANAN
AIR SIBU
|
PRIVATE
|
15
|
SYARIKAT
BEKALAN AIR SELANGOR Sdn. Bhd.
(SYABAS)
|
PRIVATE
|
16
|
AIR
KELANTAN Sdn. Bhd.
|
PRIVATE
|
17
|
SYARIKAT
AIR TERENGGANU (SATU)
|
PRIVATE
|
Sumber diubahsuai
daripada: Ong Boon et al (2007)
Pengurusan air bagi setiap negeri adalah terletak di bawah
kuasa pihak pentadbir negeri. Di negeri Sabah, pengurusan air adalah terletak
di bawah bidang kuasa Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang memainkan peranan di
bawah enakmen Bekalan Air 2003 sebagai pembekal air terawat kepada penduduk di
seluruh negeri Sabah.